Tiub tapis

Tiub tapis ialah sel-sel khusus yang penting dalam fungsi floem, suatu tisu khusus yang mengangkut sebatian-sebatian organik yang dihasilkan dalam fotosintesis. Dalam anatomi tumbuhan, tiub tapis terbahagi kepada dua juzuk - sel tiub serta "sel rakan" yang terbit daripada meristem yang membahagi secara aktif sepanjang hayat tumbuhan. Corak pertumbuhan tiub tapis adalah serupa dengan penerbitan xilem, tisu berair yang turut berperanan dalam pengangkutan vaskular tumbuhan.[1]Fungsi utama tiub tapis termasuk mengangkut gula dalam jarak panjang di seluruh tumbuhan dengan berperanans sebagai suatu saluran. Lubang-lubang halus pada tiub tapis membenarkan sambungan antara sitoplasma sel-sel tiub tapis lalu membolehkan pengangkutan bahan fotosintesis dan bahan-bahan organik yang perlu dalam proses hayat tumbuhan. Sel tiub tapis lazimnya tak bernukelus dan memiliki sedikit atau tiada ribosom.[2]Tiub tapis memiki dua jenis, yakni anggota tiub tapis dan sel tapis yang memiliki struktur berbeza. Dalam hal ini, anggota tiub tapis adalah lebih pendek, tetapi juga lebih luas berbanding sel tapis. Selain itu, sel tapis dapat dijumpai dalam tumbuhan gimnosperma sementara anggota sel tapis pula dijumpai dalam angiosperma, tumbuhan vaskular berbunga. Walau bagaimanapun, fungsi kedua-dua jenis tiub tapis adalah sama.[3]